Wednesday, December 28, 2011

Thursday, August 25, 2011

Nabila Huda Failkan Penceraian

Salam readers,


Terkejut jugak dengar cite penceraian Nabila nie. Takde angin takde ribut tetibe dah nak bercerai. Adoi, macam2 ragam lah artis sekarang. Kawen dah macam main masak-masak pulak. I yang seram sejuk dengar story cerai sana sini. hehe.




"Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

"Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya," kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di perkarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Katanya dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

"Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguhkan hasrat hati."



Credit to Izyan.com

Sunday, August 21, 2011

Nanu Baharuddin Bela Anjing

Salam readers,


Ini entry malas. Sooo korang tatap jela gambar yang ada nie yerk. I tengok pun tak tahu nak cakap ape dah. Ape lah nak jadik manusia sekarang nie??


Sudah terang-terang islam mengharam kan anjing dan babi tapi kenapa yang haram itu lah yang manusia selalu buat. Tak rasa bersalah ker? Dengan bangga nye nak cte dia ade bela seekor anjing yang kunun-kunun comel kan. I rasa kucing lagi berdozen comel dari anjingg nie!


Dalam banyak binatang ini yang dia pilih? Ape lahh, no kumen.





Credit to : Falihinjasmy

Saturday, August 6, 2011

Isu Halal Produk Simply Siti

Salam readers,


Ada dengar kan pasal isu hangat produk Simply Siti ini? Ada pihak yang cakap berus dari produk nie diperbuat daripada bulu babi. Betol ker semua kenyataan nie? Terkejut jugak lah sebab terbaca kat twitter Siti dia cakap pasal halal Simply Siti.





Bukan ker produk ni sudah sedia disahkan kan halal nye oleh pihak-pihak tertentu. Tapi kenapa tiba-tiba timbul isu tidak halal pulak? Ish, macam-macam benda lah yang jadik sekarang nie kan. I nie pengguna setia Simply Siti tau. hehe.



Then, Siti dengan pantas telah buat kenyataan untuk membersihkan nama baik produk kecantikkan nye Simply Siti. Die juga menjamin produk nye ini sebenarnye adalah HALAL dan diiktiraf oleh Jakim. Soo, jangan lah ragu-ragu lagi. Selamat lagi. hehe.



Ini adalah kenyataan Siti dalam laman Twitternye,

Semua produk SS & berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan Jakim



Tuesday, August 2, 2011

Cheese Cake

Salam sume,


Alahai you all, serius I mengidam nak makan cheese cake!!! Tyme puasa ini mana lah nak carik kan. Sedap nyee, uh secret recipe ku. hohoho.


Segala jenis cheesecake I terasa cam nak makan sekarang nie, adoi payah sungguh lah kalo dah mengidam nie. heee~ Bila search gambar dekat incik goole tadi, memang terliur habis lah kan. Membuak-buak perasaan nie nak cheese cake.




Sape nak sponsor untuk I, bagitahu lah yerk. Serius nak sangat-sangat. hehehe. Oreo cheese cake? Lagi lah sedap oiii!!!!

Monday, August 1, 2011

Khairul Fahmi Che Mat dengan Elia Putus Tunang

Salam my readers,


Rasa nya semua orang sudah tahu kutt cerita hangat pasal Apek n Elia nie. Sampai keluar dalam Metro lagi, hebat weh. haha. Anyway, masa mula-mula dengar cite pasal nie, I serius terkejut sebab tak sangka Apek mintak putus. Dulu-dulu I tengok dorang bahagia n mesra kat dalam Facebook siap cakap Elia nie lah segala-gala bagi die. Tup tup skank, putus pulakk.







Uh, mungkin bukan jodoh dorang kan. I pun tak tahu mana satu cerita yang betol. Apek cakap macam nie, Elia pulak cakap cam nie sampai ngamuk kata Apek tak hormat mak die. Adoi, macam-macam jela. Inilah tyme manis, sume tak kisah go on jer. Bila dah berbelah cam nie sume benda kte pakai sembur. Realiti manusia.



Nak tahu cerita lanjut, baca lah Metro tau. haha. Yang penting Apek tetap di hatiku. Die terbaik!

Thursday, July 21, 2011

Single Terbaru Siti Nurhaliza - Falling In Love

Salam my readers,


Entry ini nak kongsi pasal single terbaru my siti, Falling In Love. Siti pun tak lama lagi nak keluarkan album Inggeris pertama beliau. Memang terbaik lagu ini dengan suara merdu siti lagi buat I rasa nak dengar hari-hari. hehe.





So, I kongsikan video ini untuk tatapan korang. Dengar lah sampai lebam yea. Kompem tak boring tau. Ini masa Siti buat persembahan Anugerah Planet Muzik, sangat comel dengan baju ala-ala Michael Jackson nyee.. Auwww!!!





Ada lirik khas untuk my readers, jum nyanyi!!!

Once In Lifetime
An Angel Sweep You Off Your Feet
And Everything I'm About
Disappears Before My Eyes
You're Taking Me Higher When I Hear You Speak To Me
This So Familiar Then I Caught Up In This Fantasy
Now I Can't Seem To Find Myself
Oh, I Can't Seem To Ease My Mind
Oh, I'm Thinking I'm Falling
I'm Falling And I Can't Stop Falling
I'm Falling In Love With You
When I Look Into Your Eyes
I See Your Love That Comforts Me
Every Now When I Go To Sleep
I Wait To See You In My Dream
You're Taking Me Higher
When I hear You Say My Name
I'm Trying To Tell You That I'll Never Want To Let You Go
Now I Can't Seem To Find Myself
Oh, I Can't Seem To Ease My Mind
Oh, I'm Thinking I'm Falling
I'm Falling And I Can't Stop Falling
I'm Falling In Love With You
Over And Over Again You Plays Out My Mind I Can't See It Clearly
You're Giving Me Something New To Believe In
Come To Take Me Away . . .
Now I Can't Seem To Find Myself
Oh, I Can't Seem To Ease My Mind
Oh, I'm Thinking I'm Falling
I'm Falling And I Can't Stop Falling
I'm Falling In Love With You


* hope uols enjoy yea. Tengkiu =))

Thursday, July 14, 2011

Gothic

Salam my love,


This is muka hantu I yea. First tyme muka ku kene tepek makeup gothic macam ini. I pun jadi takut bila tengok muka sendiri kat cermin. hahaha. HANTU!!! hahaha.


Shoot ini I tolong kazen I jer. Lecturer dia suruh buat assignment fashion kutt dan kazen I pilih tema gothic. So, I rela tadahkan muka di makeup sebegini rupa. Sekali sekala rasa besh tau. Should try!






Tahu tak kepanas teramat masa ini? Actually mata sudah tak boleh nak bukak besar-besar sebab direct dengan matahari. Nak taknak kena paksa untuk hasil terbaik kann. Pose pose n pose. I love it!!!


Meh nak cerita semua yang ada kat gambar nie adalah milik sendirian berhad. No sponsorship yea. haha. Kazen I sangat kreatif siap sediakan topi lagi. Outfit pun I punya, tak susa lah sebab I memang banyak dress hitam. hee~








Mata terbeliak sebab photog yang suruh. Dia cakap, 'mata 2 kasik besar lagi, lagi!!!' So, ini lah hasil mata besar ku even tak nampak macam besar pun. hahaha.


Background cantik kan? Nak tahu kat mana? kejap yerkk.






Talent : Me
Photog : Adia Abrielle
Makeup : Me n Adia Abrielle ( tang mata n shading dia buat )
Location : Port Dickson
Outfit : Own


Tuesday, July 12, 2011

30 Perkara perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Cat Eyes with Manja

Salam kesayanganku,


Uhh, ini entry malas sebab nye tetibe ternampak gambar nie tadi, 2 yang nak promote kucing cantik lagi gebu yang bernama manja. Comel kan?


Berangan lah berposing dengan si gebu nie sebab tolong adik I buat assignment. Tengok lah makeup pun dah sama dengan kucing aka Cat eyes. hehe. Ini sepupu I yang gojes buat kan. I memang fail buat cat eyes kang senget sebelah jer. Tensen!!!





Yelaaa, time nie si Manja nie takde mood langsung n out of control sangat. Sedih jer sebab die tak sudi bergambar dengan I sebab dia moody. hahaha. Dah macam-macam cara buat bagi mood die hepyy dan ini lah hasil yang dapat. Tapi Manja maintain cute right even dia buat muka garang.



Anyway, i love the cat eyes okay. Tak selalu dapat buat macam nie kalo bukan dengan bantuan orang. haha. Nak pakai eyes lashes pun tak reti n suruh orang pakai kan. Pehh, betol-betol ngada. haha




Add si manja nie di Facebook yea. Die sangat chumel n pandai pose depan kamera!


Sunday, July 10, 2011

Awesome Days



Salam readers,


Khamis lepas I hang out with my gf pergi tengok Transformer untuk kali kedua kat Times Square. Ingat nak main boling lepas 2 tapi masa tidak mengizinkan. Sis Fafah nak balik awal katanya. Tiket pukul 12 tengahari, tunggu punya lah lama nak masuk hall. Naik bosan tau!



Dalam wayang I melantak awesome popcorn n mashed potato. Nikmat betol!!!




Seterusnya we ouls pergi serbu itu Rasa Utara. Saje nak try test tengok sedap ker? hahaha. Nasib baik tak ramai orang kat dalam 2, boleh lah buat kecoh. heee~







Dengan kelaparan yang melampau secara rakus nye we ouls order Tomyam Seafood, Ikan Patin masak Lemak Tempoyak, Pucuk Paku masak Lemak dan Ayam Goreng Cili Sambal. Sedap tak? sedap kannn, serius memang terbaik baii. dan tersangat-sangat pedasss. wahh, i loike!!!







Ini lah air menyelerakan teka memasing. I punye Bandung Cincau sedap lah jugak. Yang lain nie Milo Gunung Keriang, Sirap Laici n Kopi.





Sudah kenyang bergambar kejap then Sis Fafah ajak balik. Soo, go home sume!!!



Saturday, July 9, 2011

Boling With Family

Salam readers,

Story nie dah lapuk tapi baru nak hebohkan hari ini. hehehe. Dulu entah bila I and my family sepakat nak main boling. Wah i memang tak sangka mama pun nak juin main sekali, selalu nye die pantang kalau bercakap pasal boling. opsss, teeeeett!!!




Memasing muka berser-seri sebab dapat baling bola yang berat teramat. Lagi-lagi mama semangat pulak die kannnn. Yang penting we all hepy together sebab main lebih dari 3 game. Mahu tak tercabut tangan nie? Ini semua cadangan ayah. Tahu lah die terer. haha.






Jaguh-jaguh boling yer, mereka terer tak macam I bola kelaut dengan I sekali kelautt. heehehe. Anyway, hope dapat lah lagi main boling together macam nie sebab nye I sekarang memang hantu boling walaupun tahu, bola 2 sangat berminat nak masuk longkang. Not my fault right? hahaha.


Wednesday, July 6, 2011

Fida Kene Bang!!!


Salam ouls,


Semua tahu kan rancangan Bang Bang Boom? Yang suka kene kan orang 2. haha. Kesian kutt kalo kene cam nie. Last week segmen satu, malam nie kte sama2 tengok segmen kedua pulak yerk. Peminangan palsu? Adoi, parah betol nie.





Bagi I lah kan macam tak patut jer buat semua nie. Memang lah boleh kene kan orang tapi dalam bab meminang nie macam tak sesuai lah. Ingat benda main-main ker? Benda serius okay! Ini bukan hal melawak ker tau, adoi. Fida dengan muka berseri-seri siap terima lagi pinangan Azuan 2. Ohhhh tidak!!!



Tapi gigih lah dorang buat kan siap ada hantaran bagai dengan rombongan2 sekali, memang mantap betol tapi tak kene cara n tak sopan langsung lahhh derr. hehe. ggrrrr!! Yes, I tak sokong langsung bab sensitif nie!!!

Sunday, July 3, 2011

Maxi Skirt

Salam my readers,


Entry kali nie nak promote maxi skirt yang I pakai nie. Sangat-sangat awesome! Selesa n ikut saiz kte sendiri. Nak try, jum lah rajin-rajin klik kat RNRcollection okay. Ada macam-macam warna yang korang boleh pilih. Janji puas hati! hehe.




Lokasi : Taman Tasik Perdana




Friday, July 1, 2011

Jumpa Si Blogger

Salam readers,

Wah lama nye tak update blog kan. Sudah berhabuk melampau dah nie. Anyway, i'm back!!! hehehe.

Okay nie nak tepek cerita yang dah lama untuk readers sekalian. I ada jumpa dengan member facebook, Luna Lunera. First I kenal die pun dari blogger juga then baru borak-borak kat facebook. Entah macam mana we all decide nak dating sama-sama. ohhh, sweet nye! hehe.

Location : Times Square




Okay, dah abes shopping tyme 2 go home. Anyway, hepy sangat dapat jumpa dengan member dari blogger or facebook. Boleh tambah lagi member yang sedia ada =))

-syara-


Wednesday, March 23, 2011

First Time Buat Benda Ini. Besh oooo!!!



Salam,


Lama nya tak menulis kat sini. Okay, kali nie baru nak cerita macam-macam perkara. hehehe.

Isnin yang lepas I telah diajak oleh my besh pwenz, Dila temankan dia shopping dekat Times Square. Oraite I pun sudah lama sangat tak jejak kan kaki dekat sana. Apa salah nye nak pergi kan. hehehe. Kecewa lah jugak sebab tak dapat shopping macam selalu, I tengah kering sangat tyme nie. Tapi seronok tengok membe I 2 shopping. Sume dia sapu tao, gagah betol! hohoho.


Sudah penat berjalan shopping sana-sini tetiba I dapat idea nak pergi nail point. Dari dulu lagi teringin nak try buat tapi belum tercapai. Kali nie alhamdulillah merasa jugak buat rawatan kuku 2. Sukaa tao.





Jenuh mencari mana kedainye last-last kat tingkat 6, penat tao. hehehe. Fuhh, nasib baik harga nye tak mahal sangat, cukup makan lah kan. Sebelum bermula nye Manicure 2 I snap lah sikit pix pengilat kuku yang banyak okay, teruja I tengok. hehe. Tapi jangan mimpi lah nak pakai, tak boleh, nanti mama marah.





Muka excited okay nak tunggu turn. Tak sabar nak rasa orang potong2 kuku. Ini pengalaman pertam yea anak-anak sekalian saje nak test tapi berbaloi-baloi tao! hehehehe. Ingat yea, I tak warna kan kuku tapi die kikis-kikis, betolkan kuku, buang kulit2 lebih kat tepi kuku 2, then urutan yang membuatkan rasa nak tido, besh sangat! Rasa nak pergi lagi buat treatment. Terus cantik tao kuku I!




Gambar di atas I tengah khusyuk tengok amoi nie buat keje, sangat teliti n cekap. Mula-mula I ingat sakit lah bila tyme dia nak potong kulit lebih2 kat tepi kuku 2 tapi mana ada rasa pape pun. hehehe. Lepas dia kikis-kikis kene rendam kuku dalam air suam, layannn jer!

Okay, dah siap, masa untuk membayar dengan senyuman lebar sampai balik uma. Puas hati n berbaloi-baloi! Nanti nak buat kat kuku kaki pulak. Tunggu jela kalo ada duit lebih, hehehe.




Wednesday, March 9, 2011

Help Me Please




Salam readers!



Miss me? rasa lama tak menulis dekat sini. Atas sebab yang tak dapat dielakkan. hehe. Entry kali nie just nak cerita pasal Baby S jer. Takde apa yang besh pun cuma nak tanye soklan kut-kut korang tahu kan. ngeh3.


Tak dapat dinafikan tuan punya kereta di atas sangat merindui beliau. Yela, seminggu lebih tinggalkan dia sorang-sorang dekat KL. Tuan nya merantau di Kedah. Sangat rindu okay! Port parking pun baik punya. hehehe.


Sampai Kl esok nya I ada hal, stat enjin merayap lah kat tempat dituju. I bukak pintu belakang belah kiri, OMG terkejut n terasa nak menjerit kuat-kuat tapi terpaksa cover sebab kat situ ramai orang. Tahu apa I nampak? Entah spesis apa tah, I think labah-labah kut tapi badan n kaki dia besarrr gedabak okay! Nasib baik dia dah mati, cepat-cepat I buang dia kat luar. Fuhh, rasa selamat terus.



Then I bukak pintu depan pula, tetiba ada lagi sekor. Oiii, kenapa banyak sangat ada benda 2 kat dalam kereta I nie? Konfius sekejap. I terdiam n tak tahu nak buat apa sebab takut tengok die besar sangat. Baru nak tunjuk hero nak tepis dia pakai kaki, tapi tak kena die terus lari selit-selit pegi kat celah-celah. Adoi, cam ner 2? Tah bape ekor lagi dorang beranak-pinak dalam kereta kan.


Soo, sampai skank I taknak pegi mana-mana sebab takut punya pasal. Mana tahu tengah drive tetiba die muncul, memang menjerit sakan lahhh oiii. Dah laa I selalu drive sorang-sorang. Nak spray takut satu kereta bau tak sedap nanti. uwaaaaaa, tak tahu nak buat cam ner lagi.









Iklan sebentar. Wow, nice car right? Kan besh kalo I dapat ngorat tuan punye kereta nie. I jer, orang lain takleh ngorat tahu! Jeng jeng jeng. hehehehe.