Ya Allah,
Semoga saya kuat dengan semua dugaan yang hadir. kekadang rasa berat sangat sampai sudah taknak hadap. Bila fikir balik, Allah tidak akan uji umatNya kalau kita tak mampu untuk hadapi. Dia tahu kita boleh hadapi ujian yang Dia berikan.
Kenapa, kenapa, kenapa? Makin dekat dengan date itu, makin banyak dugaan yang datang? Kenapa perlu banyak benda yang tidak puas hati? Semua benda tidak akan jadi se-perfect mana pun. Tolonglah.
Benda nie melibatkan family, don't judge me dengan semua yang berlaku. sepatutnya saya perempuan memang cerewet dalam hal ini dan lelaki akan ikut sahaja. Bukan bergelumang dengan rasa tidak puas hati. Ya Allah, engkau terangkanlah hati dia untuk semua ini, ku tahu dia tidak berapa arif mengenai hal ini. Amin.
Tidak sangka benda baik dan benda yang sepatutnya menceriakan hati saya, jadi benda yang paling pahit sekali gara-gara ketidakpuasan hati dia. Tolonglah bertolak-ansur dan jadikan benda nie smooth, bukan benda yang disalahertikan. Baru first stage dah jadi macam ini, macam mana next, next n next nanti? Tahu tak saya rasa tidak confident langsung nak hadap? Ya Allah...