Wednesday, March 28, 2012

PreLoved Top Dress Pallazo Pants by Me


Salam



Jom ber-shopping dengan saya!! Top, Dress, Pallazo, Pants semuanya cantik-cantik dan kualitinya masih lagi dalam keadaan baik. Harga pun berpatutan dan mampu milik. Gurl, check my album di Facebook saya.








Ada banyak lagi yang cantik-cantik. Klik sini untuk cuci mata. Check it out gurlss!!!



PM me sekiranya berminat dan tunggu my reply yea.

Sunday, March 25, 2012

Bridal

Salam,



Lama sudah blog ini terkubur. Entah mana pergi hilang tuannya. sekarang baru teringin nak update blog nie. Kesian. Anyway saja nak post gambar-gambar pakai baju kahwin nie. First tyme kot shoot dengan bridal dress. Siapa tak excited nyahh. heeee~










Kemain jauh pergi shoot nie kat Sijangkang.Gigih la jugak semata-mata nak shoot. Takpe yang penting saya buat benda yang paling saya suka. Tengkiu sangat untuk ESM. Banyak bagi peluang untuk saya. Terima kasih.



-SH-

Thursday, January 5, 2012

Azam Tahun Baru










Kumpul duit untuk masa depan. Insyaallah doakan yang terbaik untuk saya. Amin ~












Wednesday, December 28, 2011

Thursday, August 25, 2011

Nabila Huda Failkan Penceraian

Salam readers,


Terkejut jugak dengar cite penceraian Nabila nie. Takde angin takde ribut tetibe dah nak bercerai. Adoi, macam2 ragam lah artis sekarang. Kawen dah macam main masak-masak pulak. I yang seram sejuk dengar story cerai sana sini. hehe.




"Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

"Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya," kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di perkarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Katanya dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

"Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguhkan hasrat hati."



Credit to Izyan.com

Sunday, August 21, 2011

Nanu Baharuddin Bela Anjing

Salam readers,


Ini entry malas. Sooo korang tatap jela gambar yang ada nie yerk. I tengok pun tak tahu nak cakap ape dah. Ape lah nak jadik manusia sekarang nie??


Sudah terang-terang islam mengharam kan anjing dan babi tapi kenapa yang haram itu lah yang manusia selalu buat. Tak rasa bersalah ker? Dengan bangga nye nak cte dia ade bela seekor anjing yang kunun-kunun comel kan. I rasa kucing lagi berdozen comel dari anjingg nie!


Dalam banyak binatang ini yang dia pilih? Ape lahh, no kumen.





Credit to : Falihinjasmy

Saturday, August 6, 2011

Isu Halal Produk Simply Siti

Salam readers,


Ada dengar kan pasal isu hangat produk Simply Siti ini? Ada pihak yang cakap berus dari produk nie diperbuat daripada bulu babi. Betol ker semua kenyataan nie? Terkejut jugak lah sebab terbaca kat twitter Siti dia cakap pasal halal Simply Siti.





Bukan ker produk ni sudah sedia disahkan kan halal nye oleh pihak-pihak tertentu. Tapi kenapa tiba-tiba timbul isu tidak halal pulak? Ish, macam-macam benda lah yang jadik sekarang nie kan. I nie pengguna setia Simply Siti tau. hehe.



Then, Siti dengan pantas telah buat kenyataan untuk membersihkan nama baik produk kecantikkan nye Simply Siti. Die juga menjamin produk nye ini sebenarnye adalah HALAL dan diiktiraf oleh Jakim. Soo, jangan lah ragu-ragu lagi. Selamat lagi. hehe.



Ini adalah kenyataan Siti dalam laman Twitternye,

Semua produk SS & berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan Jakim