Salam,
Nak kongsi perasaan stress. Stress sangat bila pakai Iphone. Sebab apa? Sebab susahnya la nak transfer gambar apa semua. Nak download lagu pun payah. Nak bluetooth pun tak boleh. Kenapa la haii.
Rasa macam nak cucuk2 Iphone nie dan cakap 'kenapala awak nie susah nak transfer apa sume nie? nakal kan?' Arghhhh. Banyak gambar penting nak letak kat pc tapi leceh sikit nak kene ada software itunes pulekkk. Benci tahu?
I hate you, I hate youuu!!!
Okay sekian cerita stress untuk hari ini :(
-syarafinahamidun-
Tuesday, May 21, 2013
Monday, March 18, 2013
Hasil Tangan Sendiri
Salam,
Entah kenapa semalam timbul kerajinan tahap melampau. Mahu tahu kenapa? hahaha.
.......................
....................
Setelah berkurun bekerja di sini, pertama kali pasang niat nak bawa bekal dan masak sendiri. hahaha. Apekah semua ini? haha. Nak jimat duit, mungkin? Banyak komitment sekarang, cewah!
Semalam dah pesan awal-awal dengan en tunang, 'kita lunch sekali tahu esok sebab saya masak special punya'
Selamba en tunang cakap 'ehhh haah kan dah berzaman awak dengan saya, pertama kali saya merasa masakan awak'
Okay tersentap sedikit di sit. Sampai hati yang cakap begitu. Tapi realitinya memang betul pon. Dulu pernah buat puding tapi dia tak makan pun, family dia yang makan. Tak reti makan makanan macam itu katenya. errrrr -.-
...................................
Terlupa nak capture gambar masa lunch tadi. En tunang kata sedap dan not bad. Yeayyy saya hepy!
Alhamdulillah memasing perut kenyang sampai ke depan. hehehe.
Anyway, saya masak tomyam jer. hahaha
-syarafina-
Saturday, March 16, 2013
Preview : Baju Pertunangan
Salam my readers,
Sambil-sambil tengah menikmati kek coklat yang awesome, dengan jayanya hati ini nak story macam-macam dalam blog hapuk ini. Jemput baca
Tetiba nak kongsi perihal baju masa bertunang dulu. Sebabnya ramai sangat yang bertanya. Okay dah tiba masa untuk share sebab lately ini rajin melampau nak update blog. Rajin ker? hikhikhik :p



Beading apa semua memang totally idea Adam, aku just bagitahu warna baju Dusty Pink and Cream. Kemas die jahit dari jahitan baju dan beading, I love it!! Anyway aku jenis tak cerewet sangat janji cantik di mata sudah.
Ehhhhh, lupa nak bagitahu shawl yang aku pakai itu pon aku request dia buat sekali sebab malas nak cari tudung dekat luar. kang warna tak sama pula kan. nasib baik dia okay. Anyway, shawl yang aku pakai itu halfmoon. yeayyy!
Cuba teka total baju dan shawl semua berapa? Cepat teka kalau korang pandai! hahaha
Jawapannya, RM 410 jer!!!!!
Bagi aku ini lah harga paling murah yang aku dapat setelah survey ke sana sini. Alhamdulilah terjumpa facebook Adam dan tengok gambar apa semua. Anyway dia OKU (deaf) tapi kalau datang direct dengan dia, kakak-kakak Adam yang akan arrange semua. Adam just design, ukur badan dan jahit baju. Jom suppoert Adam!!! Alhamdullah juga hasilnya sangat cantik dan aku berpuas hati :)
Kepada yang buntu nak buat baju untuk bertunang ker nikah or kahwin boleh buat dengan dia. Kompem puas hati.
KLIK,
Adam Muzaini Schneider
KLIK,
Adam Muzaini Schneider
-syarafina-
Thursday, March 14, 2013
10 Bulan Lagi
Salam korang!
Rasanya macam sudah lama tak menulis. terbengkalai kejap blog kesayanganku. hehe.
Anyway saje nak kongsi, lagi 10 bulan saya akan bertukar status. Rasa macam sekejap jer masa berlalu. Ajaibkan. Saya rasa macam baru semalam jer bertunang tapi alhamdulillah 4 bulan yang saya lalui berjalan lancar. Moga dalam tempoh menanti hari bahagia nanti akan lebih barakahnya. InsyAllah.
Eh rasenya belum share my e-day picture dalam blog hapuk ini. Soon i'll upload okay. heeee
Terima kasih pada yang membaca
-syarafina-
Subscribe to:
Posts (Atom)