Thursday, January 5, 2012

Azam Tahun Baru










Kumpul duit untuk masa depan. Insyaallah doakan yang terbaik untuk saya. Amin ~












Saturday, December 31, 2011

Just Nothing

Assalamualaikum,


Entry ini saya tujukan khas untuk DIA. Yea hanya DIA. Saya akui dia sangat istimewa di hati saya dahulu, segala-galanya hanya untuk dia. Semua kebaikan dan kekurangan dia saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada, saya tak pernah sekali pun merungut selama bersama dia malah lagi memberi semangat untuk dia terus berdiri teguh. Itulah yang saya buat dan alhamdulillah bertahan hampir dua tahun bersama dia. Pahit manis suka duka saya telan dan terus terang kadang2 saya tidak dapat mengawal marah dan terus sembur macam itu jer. Maapkan saya dengan perangai itu.




Semua berjalan lancar sehingga lah saya mula bekerja banyak kelainan yang berlaku dalam hubungan kami. Sakit. macam-macam benda di luar jangkaan berlaku. Mungkin kerana saya dan dia terlalu jauh, itulah terjadi bermacam kemungkinan di fikiran dia. Mula-mula saya tak kisah tapi bila dah selalu serius terasa penat dan letih nak menerangkan sesuatu yang saya tidak buat. Tidur awal tandanye penat seharian bekerja buka kerana untuk mengabaikan dia. Tidak terlintas langsung tapi apa kan daya itu yang dia ungkapkan. Hari-hari mendatang sering menjadi pertikaman lidah antara kami. Dasat.




Sampai satu masa terlalu jarang jurang antara kami dan saya merasakan inikah titik noktahnye? Sepanjang dengannye die agak sukar untuk berterus terang apa perasaannye dengan saya tp senang bila bercerita dengan kawan-kawan dia. Itu jer satu-satu perangai yang dia susah nak share dengan saya. Itu saja. Takpa mungkin itu cara membuatkan diri nye selesa. Saya faham.




Dan sampai satu tahap hubungan ini tidak lagi dapat di selamatkan. Tamat lah setakat ini saja. Ada sebab kukuh kenapa semua ini terjadi n kenapa saya tidak menerima dirinye lagi. Saya perlukan pembimbing dan perlindung untuk masa akan datang, itu adalah impian setiap wanita. Cukup lah sebab nye kenapa hanya saya dan dia jer yang tahu. Kalau orang ramai nak bercerita macam-macam, itu hak meraka. Saya tak mampu nak buat apa-apa. Sekarang memang jahatnye hanya nampak ke arah saya tapi itu pandangan kasar, tiada sesiapa yang salah sebenarnye. Peace!!!

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday





Awesome n wangi tersangat. Puas hati!

Saturday, November 26, 2011

Tamat

It's over dan jangan tanya kenapa dan what happen...!!!

Thursday, August 25, 2011

Nabila Huda Failkan Penceraian

Salam readers,


Terkejut jugak dengar cite penceraian Nabila nie. Takde angin takde ribut tetibe dah nak bercerai. Adoi, macam2 ragam lah artis sekarang. Kawen dah macam main masak-masak pulak. I yang seram sejuk dengar story cerai sana sini. hehe.




"Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

"Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya," kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di perkarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Katanya dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

"Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguhkan hasrat hati."



Credit to Izyan.com

Sunday, August 21, 2011

Nanu Baharuddin Bela Anjing

Salam readers,


Ini entry malas. Sooo korang tatap jela gambar yang ada nie yerk. I tengok pun tak tahu nak cakap ape dah. Ape lah nak jadik manusia sekarang nie??


Sudah terang-terang islam mengharam kan anjing dan babi tapi kenapa yang haram itu lah yang manusia selalu buat. Tak rasa bersalah ker? Dengan bangga nye nak cte dia ade bela seekor anjing yang kunun-kunun comel kan. I rasa kucing lagi berdozen comel dari anjingg nie!


Dalam banyak binatang ini yang dia pilih? Ape lahh, no kumen.





Credit to : Falihinjasmy

Saturday, August 6, 2011

Isu Halal Produk Simply Siti

Salam readers,


Ada dengar kan pasal isu hangat produk Simply Siti ini? Ada pihak yang cakap berus dari produk nie diperbuat daripada bulu babi. Betol ker semua kenyataan nie? Terkejut jugak lah sebab terbaca kat twitter Siti dia cakap pasal halal Simply Siti.





Bukan ker produk ni sudah sedia disahkan kan halal nye oleh pihak-pihak tertentu. Tapi kenapa tiba-tiba timbul isu tidak halal pulak? Ish, macam-macam benda lah yang jadik sekarang nie kan. I nie pengguna setia Simply Siti tau. hehe.



Then, Siti dengan pantas telah buat kenyataan untuk membersihkan nama baik produk kecantikkan nye Simply Siti. Die juga menjamin produk nye ini sebenarnye adalah HALAL dan diiktiraf oleh Jakim. Soo, jangan lah ragu-ragu lagi. Selamat lagi. hehe.



Ini adalah kenyataan Siti dalam laman Twitternye,

Semua produk SS & berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan Jakim