Thursday, August 25, 2011

Nabila Huda Failkan Penceraian

Salam readers,


Terkejut jugak dengar cite penceraian Nabila nie. Takde angin takde ribut tetibe dah nak bercerai. Adoi, macam2 ragam lah artis sekarang. Kawen dah macam main masak-masak pulak. I yang seram sejuk dengar story cerai sana sini. hehe.




"Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

"Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya," kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di perkarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Katanya dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

"Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguhkan hasrat hati."



Credit to Izyan.com

3 comments:

Ema Razali said...

biar betul babe? baru je kahwin dorg ni :/

Syuhada Nur Ekhwan said...

ramai artis yg cerai kn... hmmmm.. xmo jd artis lah !!.. hehhe

Wawa Tasliman said...

tak fahamkan dunia artis ni. ish ish..